My Add

Friday 12 July 2013


2 wanita Indonesia ditahan, syabu RM1.75 juta dirampas

 * KASTAM Pulau Pinang menggagalkan cubaan menyeludup dadah apabila merampas 9.19 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM1.75 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dalam dua kejadian berasingan kelmarin dan malam semalam. - BERNAMA
PRAI, KHAMIS, 11 Julai, 2013: Kastam Pulau Pinang menggagalkan dua cubaan menyeludup masuk dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang menerusi rampasan syabu seberat 9.19 kilogram bernilai RM1.75 juta dalam tempoh 24 jam.

Mereka turut menahan dua wanita Indonesia yang masing-masing tiba menerusi penerbangan New Delhi-Hong Kong-Pulau Pinang pada malam kelmarin dan malam semalam.

Ketua Pengarah Kastam negeri, Datuk Zulkifli Yahya berkata, tangkapan pertama membabitkan wanita berusia 32 tahun pada 9.30 malam Selasa selepas pihaknya menemui empat bungkus plastik mengandungi serbuk kristal lutsinar di dalam bagasi yang dibawanya.

Setelah diuji, bahan itu positif dadah jenis syabu dengan nilai keseluruhan RM570,000, katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya, kira-kira 24 jam kemudian pada pukul 9.20 malam semalam, pegawai kastam menahan seorang wanita berusia 25 tahun selepas pemeriksaan pada bagasi yang dibawanya menemukan satu bungkusan berwarna coklat mengandungi syabu seberat 6.19 kg dengan nilai RM1.17 juta.

Kedua-dua suspek dipercayai pertama kali memasuki Malaysia, katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pada masa yang sama Zulkifli turut meminta kerjasama orang ramai agar menyalurkan maklumat kepada kastam jika mereka mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyeludupan barangan termasuk mercun, minuman keras dan rokok. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment