My Add

Friday 12 July 2013

20,000 penyokong UMNO, Pas dijangka ke pusat penamaan calon 

BESUT, KHAMIS, 11 Julai, 2013: Polis menjangkakan lebih 20,000 penyokong parti yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut akan membanjiri pusat penamaan calon di Kompleks Rakan Muda, di sini, esok.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohamad Zakaria, berkata laluan khas membabitkan penyokong Umno dan PAS sudah dikenal pasti untuk berjalan kaki ke pusat penamaan calon berkenaan.

Penyokong PAS akan menggunakan laluan dari Pejabat Agama Besut manakala penyokong Umno menggunakan laluan dari tempat letak kereta stadium mini Besut ke pusat berkenaan.

"Penyokong kedua-dua parti akan dipisahkan pada jarak kira-kira 100 meter antara satu sama lain.

"Ini penting bagi memastikan keadaan aman antara kedua-dua pihak," katanya pada sidang media di sini. - BH

No comments:

Post a Comment