My Add

Tuesday 16 July 2013

200,000 pelajar antarabangsa menjelang 2020

PUTRAJAYA, ISNIN, 15 Julai, 2013: Malaysia menyasarkan sebanyak 200,000 orang atau 10 peratus pelajar luar negara di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan seiring dengan hasrat untuk menjadikan negara sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi peringkat antarabangsa menjelang 2020.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan menggesa semua IPT di negara ini meningkatkan kualiti daripada segi pengurusan, pendidikan dan tajaan bagi mendapat pengiktirafan antarabangsa sekali gus menarik minat pelajar luar negara.

Beliau berkata, IPT tempatan juga perlu memperbanyakkan usahasama dengan negara luar bagi membangunkan program tertentu dalam usaha merealisasikan matlamat tersebut.

“Perkara ini penting kerana Malaysia akan menjadi tumpuan pendidikan di mata dunia selain mampu meningkatkan semangat pelajar tempatan untuk menyaingi pelajar antarabangsa.

“Dalam menuju ke arah itu, kerajaan meletakkan sasaran awal pada 2015 untuk menarik 150,000 pelajar antarabangsa di IPT tempatan, ia akan menjadi momentum kepada kerajaan untuk menarik 200,000 pelajar antarabangsa menjelang 2020," katanya ketika berucap dalam majlis menandatangani perjanjian persetujuan (MoA) antara Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan Kementerian Pendidikan Namibia di sini hari in - UTUSANi. 

No comments:

Post a Comment