My Add

Sunday 14 July 2013

21 maut serangan selepas terawih di dua masjid Baghdad

BAGHDAD, AHAD, 14 Julai, 2013: Ledakan bom di luar dua masjid anggota Sunni di Baghdad lewat semalam mengorbankan sekurang-kurangnya 21 orang ketika jemaah menunaikan solat pada bulan Ramadan.

Dalam satu lagi serangan berasingan, sekurang-kurangnya tiga maut ketika penduduk sedang menghadiri pengkebumian di timut laut Baghdad.

Polis berkata, letupan bom pertama berlaku kira-kira jam 10 malam berdekatan pintu pagar Masjid Khalid bin al-Walid di selatan Dora yang kebanyakannya didiami penduduk Sunni Islam.

Serangan berlaku sebaik umat Islam selesai melakukan solat terawih pada bulan Ramadan.

Sekurang-kurangnya 16 terbunuh manakala 31 cedera, demikian disahkan oleh pihak hospital mengenai jumlah kematian.

Ia diselangi letupan kereta di Masjid Mullah Huwaish di Hay al-Jami’a di barat Baghdad.

Letupan itu mengorbankan lima orang manakala 19 lagi cedera. - AP/BH

No comments:

Post a Comment