My Add

Saturday 27 July 2013

21 terkorban akibat banjir dan tanah runtuh di China

BEIJING, SABTU, 27 Julai, 2013: Sekurang-kurangnya 21 orang terkorban manakala empat lagi hilang apabila banjir dan tanah runtuh melanda beberapa wilayah China susulan gempa bumi berkembar menggegarkan negara itu minggu ini, lapor media tempatan hari ini.

Banjir, tanah runtuh dan runtuhan batu dilaporkan berlaku sejak Khamis di wilayah barat laut Gansu berikutan hujan lebat, lapor agensi berita Xinhua.

Beberapa kampung di wilayah berkenaan turut terputus bekalan elektrik dan hubungan telekomunikasi apabila beberapa jalan darat terputus hubungan.

Sementara itu, anggota penyelamat berkata, separuh daripada kediaman di Kampung Rongguang di sini, musnah dalam bencana itu.

Kira-kira 30,000 penduduk sudah dipindahkan sejak beberapa hari lalu, dengan hujan lebat diramalkan akan terus melanda kebanyakan wilayah di China. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment