My Add

Tuesday 16 July 2013

22 cedera dalam keganasan terbaharu di Mesir

KAHERAH, SELASA, 16 Julai, 2013: Polis Mesir dan penunjuk perasaan bertempur di sini, awal hari ini selepastercetusnya pertempuran antara penyokong dan penentang bekas Presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi ketika kedua-duanya cuba menyekat laluan utama menyeberangi sungai Nil.

Agensi berita MENA melaporkan, sekurang-kurangnya 22 orang cedera dalam keganasan yang bermula sejak pukul 9 malam tadi (3 pagi tadi waktu Malaysia) dan berlanjutan sehingga awal hari ini.

Sekumpulan pemuda lelaki yang memakai penutup mulut untuk mengelak daripada gas pemedih mata yang dilepaskan oleh polis, bertindak balas dengan membaling batu ke arah polis sambil mengucapkan slogan pro-Musri serta anti-tentera.

Helikopter tentera turut berterbangan di ruang udara di kawasan kejadian di tengah Kaherah dan beberapa van polis turut dihantar untuk menyuraikan tunjuk perasaan itu. - REUTERS/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment