My Add

Wednesday 17 July 2013

22 termasuk wanita PATI ditahan di Melaka Tengah

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA

MELAKA, SELASA, 16 Julai, 2013: Sebanyak 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang wanita ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen negeri di sekitar Melaka Tengah di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Imigresen negeri, Asani Ladjani berkata, operasi bermula pukul 10 malam hingga 3 pagi itu diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen negeri, S. S. Santhee dan telah memeriksa 30 warga asing.

Menurutnya, operasi dijalankan di tiga lokasi iaitu sebuah pangsapuri di Batu Berendam, tapak pembinaan di Taman Paya Emas dan sebuah pangsapuri di Jalan Jasa Merdeka.

"Kesemua PATI yang ditahan melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 di mana mereka terdiri daripada 21 lelaki dan seorang wanita.

"Pecahan mengikut negara adalah enam lelaki Nigeria, seorang wanita Thailand, lima lelaki Indonesia, sembilan lelaki Myanmar dan seorang lelaki Nepal yang berusia antara 18 hingga 42 tahun," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Imigresen negeri hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment