My Add

Wednesday 17 July 2013

3 elemen utama Akta Keharmonian Nasional - Najib

PUTRAJAYA, RABU, 17 Julai, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Akta Keharmonian Nasional yang akan menggantikan Akta Hasutan akan mengekalkan tiga elemen utama termasuk menangani isu menghina atau tidak setia kepada Raja Melayu.

Beliau berkata, akta baharu itu turut digunakan untuk menangani niat jahat yang membawa kepada permusuhan kaum serta mengatasi perbuatan yang mempersoalkan taraf dan hak yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pada itu, Najib berkata, cadangan untuk pembentukan rang undang-undang yang memberi kuasa preventive detention akan diteliti dengan mendapat maklum balas polis, Peguam Negara dan pihak berkepentingan lain. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment