My Add

Monday 15 July 2013

3 maut dalam serangan bas kilang di Sinai,

KAHERAH, ISNIN, 15 Julai, 2013: Sekurang-kurangnya tiga orang maut dan 17 lagi cedera selepas sebuah bas kilang diserang menggunakan roket di wilayah Sinai Utara, Mesir, awal hari ini.

Kejadian berlaku di bandar El Arish ketika serangan kumpulan bersenjata di wilayah yang bersempadan dengan Israel dan Genting Gaza ini, semakin meningkat selepas bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi digulingkan oleh tentera pada 3 Julai lalu.

Menurut Pegawai perubatan, kebanyakan mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Katanya, bas itu membawa pekerja dari sebuah kilang simen. - REUTERS/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment