My Add

Wednesday 17 July 2013

3 rakyat Vietnam aktif pecah kilang di SPS ditahan

GEORGE TOWN, SELASA, 16 Julai, 2013: Polis hari ini menahan tiga lelaki warganegara Vietnam dipercayai terlibat dalam kes pecah kilang di Seberang Perai Selatan (SPS), dekat sini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, ketiga-tiga lelaki berumur antara 21 dan 28 tahun itu ditahan ketika mereka sedang memanjat bumbung sebuah kilang di Taman Bukit Pancor, Nibong Tebal dekat sini pada pukul 6.30 pagi.

"Ini satu kejayaan di mana kegiatan pecah kilang sejak dua bulan lalu yang berlaku di SPS telah pun dapat diselesaikan. Kami percaya ketiga-tiga suspek ini terlibat dalam enam kes pecah kilang di SPS sebelum ini.

"Kami masih menyoal siasat ketiga-tiga suspek dan siasatan terhadap kes ini masih diteruskan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Lokap Berpusat Bayan Baru di Balai Polis Bayan Baru dekat sini.

Beliau berkata, polis turut menemui sebuah beg hitam, tiga pemutar skru, sebatang besi kuku kamping, pahat, playar, dua pemotong besi, spanar, lampu suluh, lima helai sarung tangan, sehelai baju hitam, segulung tali dan sebatang kunci alat pemotong. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment