My Add

Monday 22 July 2013

3 terbunuh terkena kipas helikopter

MOSCOW, ISNIN, 22 Julai, 2013: Sebuah helikopter yang membuat pendaratan kecemasan terbalik dan membunuh tiga penumpang termasuk dua rakyat Britain dalam kejadian yang berlaku di Far North Rusia, semalam.

Dua rakyat Britain itu yang menyertai ekspedisi memancing di daerah pedalaman Murmansk bersama seorang penterjemah terbunuh setelah terkena kipas helikopter ketika pesawat itu mendarat pada bahagian tepi.

"Dua pelancong rakyat Britain dan penterjemah mereka terbunuh dalam kemalangan itu setelah terkena kipas pesawat," kata Jawatankuasa Penyiasatan dalam satu kenyataan. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment