My Add

Saturday 27 July 2013

300 naskhah al-Quran untuk pengguna jalan raya

Oleh MOHD. HAZLI HASSAN

 * RAZALI Shahabudin (dua dari kiri) melepaskan konvoi Kembara Dakwah Ramadan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Masjid Wilayah Persekutuan, di Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN
KUALA LUMPUR, SABTU, 27 Julai, 2013: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengedarkan 300 naskhah al-Quran kepada pengguna jalan raya di Plaza Tol Gombak melalui Program Kembara Dakwah Ramadan.

Program yang turut disertai oleh 120 penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Kelab 300 km/j itu akan berhenti seketika di plaza tol berkenaan untuk mengedarkan naskhah al-Quran tersebut sebelum meneruskan perjalanan ke Rumah Anak Yatim Al-Ihsan, Bentong, Pahang, hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim, Razali Shahabudin berkata, program ini adalah sebahagian daripada program kembara dakwah Jakim yang diadakan setiap tahun

"Sempena bulan mulia ini selain kembara dakwah dengan kumpulan bermotosikal kuasa tinggi ini kami memikirkan adalah sesuai untuk kami edarkan al-Quran kepada pengguna jalan raya.

"Sedikit sebanyak mereka dapat mengimarahkan bulan Ramadan sepanjang perjalanan mereka ke destinasi masing-masing," katanya sebelum melepaskan kira-kira 120 penunggang motosikal berkuasa tinggi ke Bentong hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Pesekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment