My Add

Friday 19 July 2013

4 lagi mayat ditemui nahas kereta api di Kanada

 OTTAWA, JUMAAT, 19 Julai, 2013: Polis hari ini mengesahkan mereka menemui empat lagi mayat susulan nahas sebuah kereta api tangki minyak yang tergelincir dan meletup di Lac-Megantic, dekat sini, menjadikan jumlah yang terkorban kepada 42.

Pihak berkuasa berkata, mereka masih menjalankan misi mencari saki baki mangsa, di mana kira-kira 50 penumpang dikhuatiri terbunuh.

“Kami menemui empat lagi mangsa,” kata pegawai polis Quebec, Inspektor Michel Forget.

Katanya, selepas melalui pemeriksaan forensik, seramai 19 daripada 42 mangsa berjaya dikenalpasti setakat ini.

Kereta api The Montreal tergelincir pada 6 Julai di LacBH-Megantic, sebuah bandar peranginan berhampiran sempadan Kanada-Amerika Syarikat. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment