My Add

Saturday 27 July 2013

41 maut dalam dua letupan bom berkembar di Pakistan

PESHAWAR, SABTU, 27 Julai, 2013: Dua serangan bom berani mati menggegarkan pasar yang sedang sesak dengan pengunjung di barat daya Pakistan, awal hari ini dengan sekurang-kurangnya 41 terbunuh manakala lebih 150 lagi cedera.

Ia adalah serangan berdarah terbesar berlaku di Pakistan sejak umat Islam melakukan ibadat puasa di bulan Ramadan.

Letupan berlaku di bazar Parachinar, bandar utara di Daerah Kurram yang bersempadan dengan Afghanistan ketika menjelang umat Islam sedang membeli juarah berbuka puasa.

“Kami boleh mengesahkan jumlah kematian setakat ini 41 orang manakala 150 lagi cedera akibat dua letupan berkembar itu," kata Sabir Hussein, pengarah hospital daerah berkenaan.

“Dua letupan berlaku di bazar utama di Parachinar dan ia dilakukan oleh pengebom nekad yang berjalan memasuki pasar yang sedang sesak itu," kata pegawai kanan pentadbiran daerah, Riaz Mehsud.

Mehsud berkata, pasar berkenaan dibanjiri prang ramai dengan barangan berterbangan ketika letupan dan lebih 15 kedai dan dua kereta turut rosak.

“Kami menjumpai banyak cebisan badan dan darah manusia, termasuk penyerang nekad berkenaan," katanya. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment