My Add

Sunday 14 July 2013

50 pelajar tahfiz gagal dapat visa ke Makkah, beralih ke Yaman

KUALA LUMPUR, SABTU, 13 Julai, 2013: Seramai 50 pelajar tahfiz yang tersadai di Maahad Tahfiz Darul Azhar, di sini, sejak 2 Julai lalu selepas gagal memperoleh visa untuk bertalaqqi al-Quran di Masjidil Haram, Makkah, beralih ke Sanaa, Yaman, untuk menunaikannya mulai 18 Julai hingga 11 Ogos ini.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Pelajar Tahfiz Malaysia, Datuk Mustapa Othman, berkata mereka berbuat demikian atas nasihat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Ini kerana katanya, mereka perlu mendapatkan visa selewat-lewatnya Jumaat ini dan masa semakin suntuk kerana tiada sebarang maklum balas mengenainya daripada Kedutaan Arab Saudi di Malaysia.

“Ini ditambah dengan syarat ditetapkan Arab Saudi yang tidak membenarkan mereka berada lebih 15 hari di Makkah dan Madinah sedangkan mereka memerlukan tempoh 25 hari untuk menamatkan 30 juzuk al-Quran,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar yang menyebut kegagalan mendapatkan visa ke Makkah menyebabkan 50 pelajar tahfiz tersadai di Maahad Tahfiz Darul Azhar di Taman Tasik Permaisuri, Cheras, sejak 2 Julai lalu. - BH

No comments:

Post a Comment