My Add

Wednesday 10 July 2013

5,337 calon terpilih pelajar baharu USM

GEORGE TOWN, RABU, 10 Julai, 2013: Sebanyak 5,337 pelajar terpilih akan mendaftar sebagai pelajar baharu Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1 September ini bagi mengikuti kursus ijazah sarjana muda.

Naib Canselor USM, Prof. Datuk Omar Osman berkata, daripada jumlah pelajar itu, sebanyak 3,790 pelajar akan mendaftar di kampus induk Pulau Pinang, kampus kejuruteraan Nibong Tebal (988) dan selebihnya di kampus kesihatan Kubang Kerian, Kelantan.

Beliau berkata, pelajar boleh menyemak status permohonan mereka mulai 12 tengah hari esok dan mereka yang berjaya diminta membuat pengesahan penerimaan tawaran sebelum 21 Julai.

"Kegagalan membuat pengesahan penerimaan tawaran akan menyebabkan tawaran kepada mereka terbatal secara automatik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Omar berkata, bagi pelajar yang gagal mendapat tawaran, mereka boleh membuat rayuan menerusi http://pohon.usm.my pada 21 Julai dan keputusan rayuan akan dimumumkan pada 5 Ogos.

Katanya, bagi sidang akademik 2013 ini, USM menerima 20,320 permohonan daripada lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, Matrikulasi, Diploma, A-level berbanding 14,222 permohonan bagi sidang akademik tahun lepas. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment