My Add

Friday 19 July 2013

6 lagi kes virus MERS disahkan di Arab Saudi - WHO

GENEVA, JUMAAT, 19 Julai, 2013:: Enam lagi pesakit yang kebanyakannya pekerja kesihatan disahkan dijangkiti virus MERS di Arab Saudi dengan Emiriyah Arab Bersatu (UAE), demikian menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hari ini.

WHO berkata, empat pekerja kesihatan terbabit adalah dari dua hospital di

Abu Dhabi dijangkiti Sindrom Pernafasan Asia-Barat-Virus Korona (MERS-CoV) selepas merawat pesakit yang turut menghidapi virus sama. Dua daripada mereka iaitu lelaki berusia 28 tahun dan wanita berusia 30 tahun belum lagi menunjukkan sebarang simptom manakala dua lagi wanita berusia 30 dan 40 tahun kini dalam keadaan stabil.

Di Arab Saudi, pekerja wanita berusia 42 tahun dan lelaki 26 tahun yang berhubung rapat dengan pesakit MERS, kini dirawat di hospital.

Pengumuman itu menjadikan virus maut itu dikhuatiri semakin merebak dengan setakat ini 45 orang disahkan terkorban manakala 88 lagi disahkan dijangkiti. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment