My Add

Sunday 14 July 2013

7 anggota misi pengaman terbunuh di Darfur

KHARTOUM, AHAD, 14 Julai, 2013: Tujuh anggota misi pengaman dilaporkan terbunuh semalam dalam satu serangan hendap di wilayah bergolak Sudan di Darfur, demikian menurut Kesatuan Afrika dan Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNAMID).

Ia disifatkan sebagai kehilangan nyawa terburuk sepanjang lima tahun operasi pengaman di wilayah berkenaan.

Serangan berkata berdekatan pangkalan misi pengalaman di Manawashi, di bahagian selatan Darfur dekat ibu negeri, Nyala.

“Tujuh anggota pengaman maut manakala 17 lagi cedera," kata pemangku jurucakap UNAMID, Christopher Cycmanick.

Serang hendap itu berlaku kira-kira 25 kilometer di barat sebuah lagi pangkalan UNAMID di Khor Abeche, kata Cycmanick.

“Pasukan UNAMID dihujani tembakan dari sekumpulan mereka yang ramai dan tidak dikenali," katanya. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment