My Add

Sunday 14 July 2013

Ahmad Shabery kecewa, sedih SPR tolak liputan siaran langsung kira undi

 * AHMAD Shabery Cheek melawat Pusat Media Jabatan Penerangan di sini, hari ini. Pusat Media yang dibuka khas sempena Pilihan Raya Kecil Kuala Besut diuruskan oleh 10 pegawai Jabatan penerangan bermula jam 8.30 pagi hingga 12 tengah malam sudah beroperasi dari 10 Julai lalu. - Foto BERNAMA
JERTIH, AHAD, 14 Julai, 2013: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek melahirkan rasa kecewa dan sedih kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak cadangan proses pengiraan undi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut disiarkan secara langsung di RTM. 

Katanya, beliau tidak boleh memaksa SPR kerana ia adalah badan bebas yang mengendalikan proses pilihan raya di negara ini.

"SPR menolak kerana setiap parti sudah ada agen calon semasa pengiraan undi terbabit dijalankan," katanya selepas perjumpaan dengan warga kementerian di sini, sebentar tadi. - BH

No comments:

Post a Comment