My Add

Friday 19 July 2013

Akaun Anwar: Dewan Rakyat tolak usul MP DAP

 
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 18 Julai, 2013: Dewan Rakyat hari ini menolak usul untuk merujuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai 20 akuan mencecah RM332 juta di luar negara termasuk di Israel, ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Melalui undian belah bahagian, 107 anggota parlimen tidak menyokong usul itu manakala 60 menyokong.

Usul itu dibawa oleh Jeff Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong) apabila Liang membuat dakwaan tersebut semasa sesi pebahasan di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Liang menegaskan hujahnya itu berkaitan dengan soal keselamatan negara memandangkan adanya petanda kuasa dari luar mahu campur tangan dalam sistem politik Malaysia.

Sementara itu, sebelum menangguhkan mesyuarat pertama penggal pertama parlimen ke-13 pada 4.35 petang ini, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia melahirkan rasa puas hati terhadap penglibatan anggota parlimen kerajaan dan pembangkang yang menampakkan kebijaksaan dan kematangan ketika membahaskan isu-isu berbangkit.

"Sesungguhnya, mesyuarat penggal ini sedikit sebanyak telah mula menyaksikan bibit-bibit perubahan.

"Semoga transformasi ini akan terus dikekalkan pada sesi mesyuarat-mesyuarat akan datang untuk sama-sama kita memartabatkan Parlimen Malaysia sebagai sebuah institusi yang dibanggakan," katanya.

Mesyuarat pertama penggal pertama Parlimen ke-13 berlangsung selama 16 hari bermula 25 Jun lepas.

Persidangan Dewan Rakyat hari ini ditangguhkan ke tarikh yang tidak ditetapkan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment