My Add

Monday 15 July 2013

Alvin, Vivian disiasat mengikut Seksyen 233 (1) AKM 1998

KUALA LUMPUR, ISNIN, 15 Julai, 2013: Pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang memuat naik gambar di Facebook yang mempersendakan Ramadan dan umat Islam, akan disiasat mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Penasihat KomunikasiStrategik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Sheikh Raffie Abdul Rahman, berkata kertas siasatan mengenai perkara itu dijangka siap dua atau tiga hari lagi.

"Setakat hari ini, siasatan terhadap kedua-duanya masih berjalan dan dijangka berakhir lewat petang ini.

"Sebaik siap kertas siasatan tempoh dua atau tiga hari lagi, ia akan diserahkan ke Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada media di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini, sebentar tadi.

Mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998),
seseorang boleh didakwa kerana menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar - mewujudkan apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menganggu orang lain. - BH

No comments:

Post a Comment