My Add

Saturday 27 July 2013

Angka korban letupan bom di Pakistan meningkat kepada 57

PARACHINAR, SABTU, 27 Julai, 2013: Angka korban dua letupan bom serentak di sebuah pasar yang sedang sibuk dengan pengunjung di utara Pakistan, hari ini meningkat kepada 57 orang.

Seramai 167 lagi dilaporkan cedera ketika serangan pengebom nekad yang dilakukan di pekan Parachinar, di Wilayah Kurram yang bersempadan dengan Afghanistan.

Pemimpin Syiah, Hamid Ali memberitahu, setakat ini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam letupan itu namun pihak berkuasa menyalahkan kumpula militan Islam Sunni.

Ali berkata, ketika kejadian pasar berkenaan dipenuhi dengan orang ramai yang membeli juadah untuk berbuka pada Ramadan.

“Kami menuntut perlindungan. Kami sudah meminta kerajaan mengambil tindakan ke atas mereka yang sewenang-wenangnya membunuh jemaah kami," katanya. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment