My Add

Thursday 11 July 2013

Angkasa umum rombakan

KUALA LUMPUR, RABU, 10 Julai, 2013: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) mengumumkan rombakan kecil terhadap struktur pentadbirannya bagi mengisi kekosongan jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presidennya.

Naib Presiden Angkasa sebelum ini, Mutahdo Bahri dilantik sebagai Timbalan Presiden yang baharu bagi menggantikan Datuk Abdul Fattah Abdullah yang dipilih sebagai Presiden.

Bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom pula dilantik sebagai Naib Presiden Angkasa yang baharu.

Pelantikan tersebut bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Datuk Jamal Abdullah.

Menurut Abdul Fattah, penstrukturan semula itu merupakan usaha penambahbaikan pengurusan dan pentadbiran koperasi tersebut sesuai dengan tuntutan gerakan koperasi negara.

"Pada hari ini, gerakan koperasi negara telah berkembang pesat selaras dengan pertambahan bilangan koperasi dan peningkatan dalam perolehan operasi.

"Oleh itu, pihak kami perlu bersedia untuk berubah mengikut arus ekonomi, supaya apa yang ingin dicapai dalam Dasar Koperasi Negara mampu diterjemahkan dengan baik," katanya dalam kenyataan di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment