My Add

Sunday 14 July 2013

Anifah tamatkan lawatan promosi Pergerakan Kesederhanaan Global

KUALA LUMPUR AHAD, 14 Julai, 2013: Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menamatkan lawatan di tiga negara Eropah bagi mempromosi inisiatif Pergerakan Kesederhanaan Global Malaysia dan memperkukuh hubungan dua hala.

Beliau menamatkan lawatan tujuh hari itu di Warsaw selepas melawat Poland dua hari dari 11 Julai berikutan lawatan ke Latvia dan Russia.

Wisma Putra, dalam satu kenyataan hari ini, berkata semasa di Warsaw, Anifah mengadakan pertemuan dengan Menteri Hal Ehwal Luar Poland Radoslaw Sikorski dan kedua-dua pemimpin mengesahkan komitmen negara negara mereka bagi memperkukuhkan hubungan.

Mereka juga bersetuju bahawa kedua buah negara perlu menggalakkan lebih banyak pertukaran lawatan dan mengadakan usaha lebih besar bagi meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pelancongan, pertahanan, teknologi hijau dan persijilan halal," kata kenyataan itu.

Anifah juga menjadi hos majlis berbuka puasa bagi masyarakat Malaysia termasuk pelajar dan kakitangan kedutaan Malaysia di Warsaw, kata kenyataan itu.

Pergerakan Kesederhanaan Global ialah inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyeru supaya memerangi ancaman ekstremisme di dalam lima bidang yang luas - kewujudan bersama keamanan, demokrasi dan kedaulatan undang-undang, kewangan, pendidikan dan penyelesaian konflik. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment