My Add

Wednesday 24 July 2013

Annuar Musa dilantik Pengerusi Mara

KUALA LUMPUR, SELASA, 23 Julai, 2013: Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dilantik Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkuatkuasa 19 Julai lepas.

"Berdasarkan latar belakang akademik serta pengalaman politik luas, Annuar akan dapat memantapkan lagi usaha serta peranan organisasi itu ke arah mengangkat martabat bangsa," menurut Mara dalam kenyataan di sini hari ini.

Annuar menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Menteri Pendidikan Kedua, berikutan pelepasan jawatan Pengerusi Mara yang disandang Idris sejak 2008, kerana bertanding dalam pilihan raya umum lalu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment