My Add

Friday 12 July 2013

AS gesa Mesir henti penahanan berunsur politik

WASHINGTON, JUMAAT, 12 Julai, 2013: Amerika Syarikat (AS) menggesa pemimpin sementara Mesir dan angkatan tentera negara itu menghentikan tindakan menahan ahli gerakan Ikhwanul Muslimin dengan menyifatkan langkah itu akan memburukkan lagi krisis politik Mesir.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Jen Psaki berkata, terlalu banyak penahanan sejak beberapa lalu mensasarkan hanya kepada kumpulan tertentu.

Beliau berkata, tindakan itu tidak selari dengan usaha perdamaian kebangsaan yang cuba diperkenalkan kerajaan sementara Mesir dan tentera.

"Sekiranya penahanan dan penangkapan berunsurkan politik berterusan, keadaan bertambah sukar untuk melihat Mesir maju ke depan serta tidak bergelut dengan krisis politik," katanya di sini, hari ini. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment