My Add

Saturday 27 July 2013

AS rancang jual peralatan tentera AS$2 bilion kepada Iraq

WASHINGTON, SABTU, 27 Julai, 2013: Pentagon sudah memaklumkan Kongres Amerika Syarikat (AS) mengenai penjualan peralatan ketenteraan kepada Iraq yang bernilai AS$2 bilion, kata pegawai AS hari ini.

Ahli Kongres mempunyai 30 hari ini untuk membuat bantahan kepada pelan penjualan itu yang mengandungi tiga kontrak pembelian.

Kontrak pertama termasuk penjualan helikopter 12 Bell 412 EP dan peralatan berkaitan, termasuk alat ganti, latihan dan sokongan logistik yang dianggarkan mencecah AS$300 juta.

“Peralatan ini akan dimiliki Tentera Udara Iraq dalam meningkatkan keupayaan operasi mencari dan menyelamat dalam saat kritikal," kata Agensi Bersama Keselamatan Pertahanan (DSCA) dalam satu kenyataan.

Kontrak kedua bernilai AS$900 juta untuk kenderaan khusus dalam serangan berasaskan pengggunaan nuklear - 50 M1135 Stryker Nuclear dan serangan biologi dan kimia.

Kontrak ketiga bernilai AS$750 juta yang juga kontrak terakhir dalam program sokongan untk beberapa kenderaan tentera seperti trak, jip dan jambatan terapung untuk misi taktikal.

Pada Disember 2011, AS melulskan penjualan 36 jet pejuang F-16 kepada Baghdad dalam kontrak yang mencecah beberapa bilion AS. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment