My Add

Thursday 18 July 2013

Axiata menang anugerah Kumpulan Telekom 2013

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 18 Julai, 2013: Axiata Group Bhd (Axiata) memenangi Anugerah ICT Asia Pasifik 2013 Frost and Sullivan bagi "Kumpulan Telekom Terbaik Tahun Ini" bagi tahun kelima berturut-turut.

Anugerah berprestij itu diberikan kepada pengendali yang mempunyai operasi di sekurang-kurangnya empat pasaran Asia Pasifik serta mencapai pertumbuhan dan prestasi cemerlang di Asia Pasifik tahun lepas.

Axiata juga membawa pulang tiga anugerah kesemuanya berikutan kemenangan Celcom Axiata Bhd dalam kategori "Penyedia Perkhidmatan Data Tanpa Wayar Terbaik", dan Robi Axiata pula terpilih sebagai "Penyedia Perkhidmatan Pasaran Sedang Berkembang Terbaik".

Kedua-dua anugerah itu merupakan kemenangan kedua bagi syarikat-syarikat itu.

"Anugerah ini mencerminkan pasukan hebat yang kami ada dan benar-benar merupakan kemenangan bersama yang akan dikongsi sepenuhnya dengan semua pekerja kami dalam seluruh kumpulan," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Axiata, Datuk Seri Jamaludin Ibrahim, dalam satu kenyataan hari ini. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment