My Add

Tuesday 16 July 2013

Bakti serah 49,300 kotak juadah raya pasukan keselamatan

* ROSMAH Mansor bersama Noorainee Abdul Rahman (tiga dari kiri), Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali (empat dari kanan), Khalid Abu Bakar (kiri) dan Zulkifeli Mohd. Zain (kanan) bersama ahli-ahli Bakti melihat bungkusan kuih raya dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya Kepada Pasukan Keselamatan Negara 2013 di Dewan Banquet Seri Perdana, Putrajaya, semalam. - UTUSAN/HANAFI KHAMIS
PUTRAJAYA, ISNIN, 15 Julai, 2013: Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) menyumbangkan 49,300 kotak makanan berupa juadah raya untuk diagih-agihkan kepada anggota pasukan keselamatan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Sebanyak 20,000 kotak makanan itu akan diserahkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 25,000 kotak bagi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 4,300 kotak untuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Sumbangan kotak berisi makanan bernilai hampir RM500,000 itu mengandungi empat jenis makanan iaitu rendang daging, sambal ikan bilis, kuah kacang dan nasi himpit.

Yang Dipertua Bakti, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, sumbangan yang diberikan setiap tahun oleh Bakti itu sebagai tanda penghargaan ke atas pengorbanan anggota pasukan keselamatan menjaga keamanan negara.

“Sesungguhnya kiriman yang tidak seberapa ini amatlah sedikit jika hendak dibandingkan dengan pengorbanan yang telah dilakukan oleh wira-wira negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Penyerahan Bungkusan Hari Raya Bakti di Seri Perdana di sini hari ini.

Yang hadir sama, isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Ahli Kehormat Bakti, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd. Amdan Kurish.

Bakti turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM5,000 seorang kepada 10 anggota polis dan lima tentera yang tercedera dalam Ops Daulat di Lahad Datu pada Februari lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment