My Add

Wednesday 10 July 2013

Bandar Elmina hampir habis dijual pra pelancaran

Oleh AZMAN IBRAHIM

KUALA LUMPUR, RABU, 10 Julai, 2013: Projek terkini Sime Darby Property Bhd. (Sime Darby Property), Bandar Elmina, Shah Alam dekat sini hampir habis dijual selepas majlis pra pelancaran projek itu pada hari ini.

Majlis pra pelancaran itu melibatkan 255 buah kediaman berangkai dua tingkat bernilai RM188.18 juta keseluruhannya.

Perbandaran dalam keluasan 5,000 ekar terletak di sepanjang Lebuh Raya Koridor Guthrie, barat Kuala Lumpur yang membawa rakyat Malaysia konsep mewah dan menyeluruh.

Sime Darby Property dalam kenyataan di sini menyatakan, Bandar Elmina menekankan lapan aspek kualiti iaitu sosial, persekitaran, intelektual, kekeluargaan, pekerjaan, fizikal, emosional dan kerohanian.

Perbandaran ini juga dibangunkan sejajar dengan Kajian Kualiti Mercer, satu piawaian pengiktirafan antarabangsa yang mengukur keselamatan, pendidikan, kebersihan, penjagaan kesihatan, budaya, persekitaran, rekreasi, kestabilan politik dan ekonomi serta pengangkutan awam.

Pengarah Urusan Sime Darby Property, Datuk Abdul Wahab Maskan berkata, apabila siap kelak, Bandar Elmina akan menepati gaya hidup yang sihat dan seimbang.

Katanya, sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan membuktikan bahawa semakin ramai rakyat Malaysia mencari persekitaran yang menyediakan kualiti-kualiti yang ditawarkan di Bandar Elmina.

"Bandar Elmina juga dilengkapi dengan 300 ekar taman selain dikelilingi 2,700 ekar hutan simpan,’" jelasnya.

Kemudahan-kemudahan yang turut ditawarkan di Bandar Elmina adalah kedai-kedai peruncitan, trek joging serta pusat penting kesihatan.

Majlis pra pelancaran itu membabitkan 117 buah rumah berangkai Ariza 20 kaki X 88 kaki, 65 buah rumah berangkai Keana 24 kaki x 79 kaki dan 73 buah rumah berangkai Regia 30 kaki x 69 kaki.

Harga bagi setiap unit tengah kediaman berstatus pegangan bebas ini adalah dari RM599,888 sehingga RM828,888.

Pembeli bakal menikmati pemanduan singkat dari Damansara dan Petaling Jaya ke Bandar Elmina. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment