My Add

Sunday 14 July 2013

Bas terbalik: 43 penumpang terselamat

DUNGUN, SABTU, 13 Julai, 2013: Seramai 43 penumpang terselamat selepas bas ekspres yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori sebelum terbabas dan terhumban ke tebing jalan di Kilometer 73.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran jambatan Dungun dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, empat penumpang dan pemandu bas, Tuan Adnan Tuan Aluwi, 48, serta pemandu lori, Zaidi Awang Haman, 39, cedera ringan manakala kelindan lori, Noor Hisham Zali, 39, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Kemalangan dikatakan berlaku apabila lori sayur dari arah Kelantan menuju ke Dungun itu dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan bas berkenaan yang membawa penumpang dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu.

Pemandu bas ekspres berkenaan yang menyedari situasi itu cuba mengelak ke kanan jalan bagaimanapun pemandu lori berkenaan juga melakukan tindakan yang sama menyebabkan kedua-duanya bertembung dan bas itu terhumban ke tebing jalan.

Difahamkan ketika kejadian, semua penumpang sedang nyenyak tidur sebelum tersedar selepas terdengar bunyi kedua-dua kenderaan berkenaan bergesel antara satu sama lain sebelum terhumban.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Dahlan Mohd. Noor ketika dihubungi mengesahkan kemalangan itu dan berkata pihaknya masih menyiasat punca kemalangan. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment