My Add

Saturday 27 July 2013

Bayi cedera tangan tersepit mesin pengadun kuih

Oleh ZULHISHAM ISAHAK

MUAR, sabtu, 27 Julai, 2013: Seorang bayi berumur 13 bulan bengkak tangan kiri dan berdarah di mulut apabila tersepit di mesin pengadun kuih semasa mengikuti ibunya membuat kuih raya di sebuah kilang di Taman Utama Bakri, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu,bayi berkenaan, Mohd. Uqshah Iman Ramli sedang bermain-main berhampiran mesin tersebut yang diletakkan di atas lantai dan dikendalikan oleh ibunya, Maznah Osman, 37.

Maznah berkata, sebelum kejadian tersebut dia sudah beberapa kali berpesan dan melarang anaknya bermain berdekatan mesin tersebut. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment