My Add

Sunday 14 July 2013

Bayi seberat 6.2 kg dilahirkan

 * BAYI diberi nama Addyson Gale Cessna dengan berat 6.2 kilogram yang dilahirkan kelmarin, dipercayai bayi terbesar pernah dilahirkan di Pennsylvania. - AGENSI
NEW YORK, SABTU, 13 Julai, 2013: Seorang wanita dari Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) melahirkan bayi lelaki seberat 6.2 kilogram, kelmarin, dipercayai bayi terbesar pernah direkodkan di mana-mana hospital di Pennsylvania.

Bayi diberi nama Addyson Gale Cessna itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan cesarean di Hospital Memorial Armstrong County di Kittanning dengan ukuran 63.5 sentimeter panjang.

Dr. Amy Turner yang membantu pembedahan itu berkata, mereka pada mulanya menjangkakan bayi tersebut hanya seberat 4.9 kilogram.

"Pertama kali memegangnya, saya dapat merasakan berat bayi itu mungkin sekurang-kurangnya 6 kilogram,'' katanya.

Ibu kepada Cessna, Michelle yang berasal dari Rural Valley berkata, dia berasa amat tidak selesa sewaktu mengandungkan anaknya kerana kandungannya membesar dua kali ganda berbanding kelahiran kembarnya sebelum ini.

Bayi seberat 10.7 kilogram pernah dilahirkan di Ohio, Amerika Syarikat pada 1879, namun ia meninggal dunia 11 jam kemudian.

Bayi terbesar dan masih hidup ialah seberat 10.2 kilogram di Aversa, Itali, dilahirkan pada 1955. - AGENSI/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment