My Add

Tuesday 16 July 2013

Beblawi umum pemegang jawatan menteri kanan Mesir

 HAZEM EL-BEBLAWI
KAHERAH, ISNIN, 15 Julai, 2013: Perdana Menteri sementara Mesir, Hazem El-Beblawi telah mengisi beberapa jawatan kanan menteri kabinet di negara itu kelmarin bagi mengembalikan pemerintahan awam berikutan penyingkiran bekas Presiden, Mohammed Morsi pada 3 Julai lalu.

El-Beblawi, 76, seorang pakar ekonomi dilantik sebagai perdana menteri sementara pada minggu lepas untuk mengambil alih pentadbiran di bawah perlembagaan sementara hingga pilihan raya parlimen diadakan sekitar enam bulan lagi.

Beliau melantik seorang pakar ekonomi lulusan Universiti Boston, Amerika Syarikat (AS), Ahmed Galal sebagai menteri kewangan.

Bekas duta Mesir ke AS, Nabil Fahmy pula dilantik memegang portfolio menteri luar.

Dalam pada itu, bekas diplomat kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Mohamed ElBaradei mengangkat sumpah sebagai timbalan presiden, jawatan yang ditawarkan kepadanya pada minggu lepas.

Tiada keganasan jalanan yang serius sejak seminggu lalu hingga kelmarin.

Beberapa hari selepas penyingkiran Morsi, pertempuran di antara tentera, penyokong Morsi serta penentang bekas presiden itu mengorbankan lebih 90 orang.

Sementara itu, Ketua Tentera, jeneral Abdel Fattah al-Sisi dalam ucapannya di hadapan sejumlah pegawai tentera kelmarin memberikan kewajaran rampasan kuasa tersebut.

Katanya, Morsi telah kehilangan legitimasi disebabkan oleh demonstrasi besar-besaran terhadapnya.

Abdel Fattah menyatakan beliau cuba mengelak untuk mengambil tindakan unilateral apabila meminta Morsi mengadakan pungutan suara. Namun, cadangan itu ditolak. - Reuters/KOSMO! 

No comments:

Post a Comment