My Add

Tuesday 16 July 2013

Bekas eksekutif akaun hadapi 23 tuduhan gubah wang haram

 SHAH ALAM, ISNIN, 1 Julai, 2013: Seorang bekas eksekutif akaun sebuah syarikat pembungkusan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap 23 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, lima tahun lepas.

V Mohan, 39, dari Klang dekat sini, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Aslam Zainuddin.

Tertuduh didakwa atas 23 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima wang berjumlah RM350,000 daripada bekas majikannya, Clearpack (M) Sdn. Bhd. yang dimasukkan ke dalam akaun syarikat Cryovac Resources yang mana tertuduh adalah pemilik tunggal.

Daripada jumlah itu tertuduh juga didakwa mengeluarkan RM279,499.10 daripada akaun Cryovac dan memindahkan RM238,000 ke akaun dua buah syarikat iaitu Ramadai Trading dan Optimum Zone.

Mohan didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di dua buah bank iaitu AmBank (M) Bhd Cawangan Seksyen 15 di sini dan Alliance Bank Malaysia Bhd. cawangan Bandar Bukit Tinggi, Klang, antara 25 Januari 2008 dan 2 Disember 2008. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment