My Add

Friday 12 July 2013

BN punya `senjata' capai kemenangan di  Kuala Besu

JERTIH, JUMAAT, 12 Julai, 2013: Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh menetapkan tiga `senjata' Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai ini.

Tiga `senjata' itu ialah kekuatan calon, pengiktirafan Kerajaan Pusat kepada penduduk Besut dan kestabilan BN.

Beliau berkata, kesemua `senjata' itu menjadi kayu ukur terhadap kekuatan sebenar BN dan memastikan DUN Kuala Besut yang selama ini menjadi kerusi tradisi BN dapat terus dipertahankan.

"Kita tak memilih calon dengan tergesa-gesa. Kita menggunakan pendekatan MAP iaitu muka baru, akhlak dan pendidikan dalam memilih calon yang sesuai.

"Ketiga-tiga kriteria ini sudah ada pada calon kita (Tengku Zaihan). Sebab itu kita yakin untuk menang dan menambah majoriti sekurang-kurangnya 4,000 undi," katanya pada sidang media di Pusat Media PRK DUN Kuala Besut, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan jentera parti supaya meningkatkan usaha dan tidak sekali-kali leka bagi memenangi hati pengundi pada PRK berkenaan.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan pemilihan Tengku Zaihan sebagai tepat dan wajar disokong.

Beliau berkata, empat fakor mampu menjamin kemenangan BN di Kuala Besut iaitu kestabilan, kekuatan Kabinet diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pembangunan berterusan di Besut dan populariti Idris selaku Ahli Parlimen. - BH

No comments:

Post a Comment