My Add

Wednesday 10 July 2013

Britain latih 2,000 askar Libya

LONDON, RABU, 10 Julai, 2013: Britain dilapor akan melatih kira-kira 2,000 askar Libya sebagai usaha untuk membantu pihak keselamatan negara berkenaan memulihkan keamanan dan kestabilan.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataannya semalam berkata, latihan tersebut akan melibatkan kemahiran asas infantri dan kursus kepimpinan yang bermula lewat tahun ini.

Pihak berkuasa Libya gagal membentuk pasukan polis dan tentera yang profesional, sehingga terpaksa menggunakan bekas pemberontak yang terlibat dalam penggulingan Muammar Gaddafi dalam soal keselamatan negara.

Kebiasaannya bekas pemberontak dikerah untuk mengawal sempadan negara serta menyelesaikan masalah perbalahan puak. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment