My Add

Saturday 13 July 2013

Calon Pas 'bikin' kontroversi

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 12 Julai, 2013; Calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Endot @ Azlan Yusof mula mencipta kontroversi dengan awal-awal menyatakan akan melantik orang lain untuk menguruskan kerjanya jika menang.

Kenyataan beliau yang boleh ditonton menerusi laman YouTube dan dimuat naik di portal Terengganu Today (http://terengganutoday.com) itu antara lain menyebut mengenai keadaan dia yang sibuk termasuk menguruskan perniagaan di Kota Bharu, Kelantan.

Disebabkan itu, beliau akan melantik dan menggaji orang lain untuk menguruskan kerja-kerjanya sebagai wakil rakyat sekiranya berjaya merampas kerusi DUN berkenaan.

''Saya ada banyak kerja sekarang, satunya saya ada perniagaan di Kota Bharu. Kalau saya keluar kerja pun, kerja-kerja sebagai wakil (wakil rakyat) akan diuruskan oleh orang lain, saya akan menggaji dia,'' katanya seperti dipetik menerusi rakaman video di laman YouTube tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment