My Add

Wednesday 17 July 2013

Ceroboh agama lain boleh cetuskan rusuhan - Tun Mahathir

SHAH ALAM, selasa, 16 Julai, 2013; Menceroboh agama lain termasuk mempersendakan bulan Ramadan adalah perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab kerana ia boleh mencetuskan rusuhan agama.

Justeru, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tindakan tegas perlu dikenakan terhadap individu berkenaan dan jika dibenarkan undang-undang, kewarganegaraan mereka seharusnya dilucutkan.

"Jika kita lihat di negara lain banyak berlaku rusuhan disebabkan oleh agama, Alhamdulillah negara kita tidak berlaku rusuhan (seperti) itu. Perbuatan ini adalah tidak bertanggungjawab dan menyakitkan hati orang lain yang mungkin orang lain akan membalasnya, lalu bermusuh.

"Mereka ini adalah orang yang tidak ada akal dan bodoh yang tidak boleh diajar," tegas beliau kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dan solat Terawih anjuran Proton di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Proton berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang mempersenda bulan Ramadan dengan memuat naik gambar makanan menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial Facebook mereka. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment