My Add

Wednesday 17 July 2013

Cubaan pecah ATM kali kedua gagal, 2 diberkas

Oleh AZHARI ZAINOODDIN

PULAU PINANG, SELASA, 16 Julai, 2013: Sekumpulan perompak yang gagal memecahkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di kampus utama Universiti Sains Malaysia (USM) semalam, ternyata tidak berputus asa apabila mencubanya sekali lagi awal pagi ini.

Namun, tindakan nekad kumpulan suspek untuk memecahkan sebuah ATM lagi di lokasi lain di dalam kampus terbabit membawa padah setelah dua daripada mereka berusia 14 dan 19 tahun diberkas pengawal keselamatan universiti tersebut.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, dua suspek berkenaan ditahan ketika sedang leka mengumpil sebuah mesin ATM oleh pengawal keselamatan yang membuat rondaan kira-kira pukul 5 pagi.

"Sebaik sahaja menyedari kehadiran pengawal keselamatan, kesemua suspek bertindak melarikan diri tetapi dua daripadanya berjaya ditahan.

"Siasatan awal percaya mereka kumpulan sama yang memecahkan mesin ATM di universiti itu awal pagi semalam," katanya selepas merasmikan Lokap Berpusat Pulau Pinang di Bayan Baru di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment