My Add

Monday 15 July 2013

CUEPACS gesa kakitangan awam boikot beli ayam

KUALA LUMPUR, ISNIN, 15 Julai, 2013: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kakitangan awam seluruh negara supaya memboikot pembelian ayam sehingga harga komoditi tersebut kembali stabil di pasaran.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, sebagai sebahagian daripada kumpulan pengguna yang sentiasa mahukan kebajikan mereka dibela, 1.4 juta kakitangan awam mampu menyumbang kepada penurunan harga ayam.

"Tahun lepas ketika harga ayam meningkat naik pada harga yang tidak munasabah, CUEPACS telah menggesa ahli kami supaya memboikot ayam dan saya lihat usaha itu berjaya.

"Kali ini situasai sama berulang kembali, kita akan menggunakan kaedah yang sama, buat sementara waktu gunakan sumber makanan lain seperti ikan atau daging sebagai juadah utama,’’ katanya dalam sidang akhbar khas di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment