My Add

Wednesday 17 July 2013

Dakwa segera pasangan hina kesucian Ramadan

KOTA BHARU, RABU, 17 Julai, 2013: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail didesak supaya mengambil tindakan segera mendakwa pasangan kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee di mahkamah sebagai pengajaran kepada mereka kerana menghina agama Islam dan kesucian bulan Ramadan.

Bekas pensyarah Fakulti Syariah Akademi Islam Universiti Malaya, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, pihak berkuasa perlu responsif kepada kehendak seluruh rakyat Malaysia yang mahu pasangan tersebut dihukum segera, bukannya sekadar memberi kenyataan mengenai akta yang digunakan dalam siasatan.

"Tiada gunanya rakyat jelata menyampaikan kemarahan dan tidak berguna juga sekadar Parlimen bergegar kerana para pemimpin dan menteri marah tetapi pihak berkuasa pula hanya cakap akta itu, akta ini sedangkan pesalahnya bebas.

"Sebab itu kami rakyat mendesak peguam negara supaya segera mendakwa sebab kuasa berada di tangan pihak yang menjalankan penguatkuasaan bukannya sekadar menggegarkan Parlimen, kami juga mahu polis menangkap dua individu ini dengan segera," katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan pasangan kontroversi, Alvin, 25, dan Vivian, 24, yang telah mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan dengan mengajak memakan bak kut teh (sup tulang babi) melalui gambar yang disiarkan di dalam facebook pasangan tersebut. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment