My Add

Tuesday 16 July 2013

Dipenjara 10 tahun jerut remaja

Oleh YULPISMAN ASL
I
 * TAN Guan Seng di pekarangan Mahkamah Sesyen Kota Bharu, semalam. - Utusan/Rosni Masri
KOTA BHARU, ISNIN, 15 Julai, 2013: Akibat menjerut leher seorang remaja perempuan berusia 17 tahun menggunakan sehelai kain tudung kira-kira 10 tahun lalu, seorang subkontraktor hari ini dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Tan Guan Seng yang berusia 19 tahun ketika kejadian tersebut, dijatuhi hukuman itu setelah didapati bersalah mencederakan mangsa pada 12 Ogos 2003 di kawasan semak di Kampung Lundang, Machang di sini.

Hakim Ahmad Yusuff Yunus memutuskan demikian selepas pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapi oleh tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Guan Seng, 30, telah menjerut leher mangsa menggunakan sehelai kain tudung sehingga menyebabkan kecederaan yang jika menyebabkan kematian, tertuduh boleh didakwa atas tuduhan membunuh.

Pendakwaan terhadap tertuduh dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Azmah Azhari mengikut bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Terdahulu, Guan Seng berhadapan satu lagi pertuduhan iaitu merogol remaja perempuan terbabit pada waktu, tarikh dan lokasi sama.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh disebat.

Bagaimanapun, Ahmad Yusuff memutuskan Guan Seng tidak bersalah dan dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan dengan alasan pihak pendakwaan gagal membuktikan alat sulit tertuduh telah memasuki kemaluan mangsa.

"Walaupun pihak pendakwaan berjaya membuktikan ada penetrasi terhadap kemaluan mangsa dan ada koyakan baru pada selaput dara serta pendarahan dan pembengkakan, namun gagal membuktikan zakar tertuduh adalah yang menyebabkan kecederaan tersebut.

"Oleh yang demikian, pihak pembelaan telah berjaya membuktikan keraguan munasabah terhadap kes ini,'' katanya.

Beliau bagaimanapun membenarkan permohonan peguam tertuduh, Ahmad Nizam Mohamad untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman bagi membolehkan pihaknya mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi dan menetapkan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment