My Add

Tuesday 23 July 2013

Drama bersiri kisah masyarakat Felda bakal dihasilkan

 * FAIZOULL Ahmad (dua dari kiri) menyaksikan pertukaran dukumen perjanjian antara Nor Aliah Lee Abdullah dan Anuar Abd. Manap (kanan), di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR, ISNIN, 22 Julai, 2013: Padi Pictures Sdn. Bhd. (Padi Pictures) dan Koperasi Majlis Belia Felda Malaysia (KMBFM) bersetuju bekerjasama menghasilkan beberapa buah drama bersiri untuk tayangan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menurut Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Anuar Abd. Manap, usaha tersebut dijangka dapat membantu kegiatan atau aktiviti belia Felda yang terlibat dalam bidang seni.

Dalam masa sama katanya, aktiviti di kawasan Felda yang terlibat dalam pengambaran turut mendapat faedah komersial dan pendedahan.

"Penyampaian maklumat dalam bentuk penceritaan drama melalui media elektronik mampu memberitahu orang ramai mengenai aktiviti Felda selain daripada pertanian dan juga turut memberi pendedahan kepada masyarakat Felda sendiri tentang perjalanan penggambaran sesebuah produksi drama," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis iftar dan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara KMBFM dan Padi Pictures di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Besar Felda, Datuk Faizoull Ahmad dan Pengarah Urusan Padi Pictures, Datin Nor Aliah Lee Abdullah.

Mengulas lanjut kata Anuar, penghasilan drama sebanyak 13 episod bertajuk Ladang itu dijangka dapat memberi impak secara tidak langsung kepada penduduk Felda kerana setiap babak yang dihasilkan mengambil kira situasi sebenar.

"Beberapa teras akan dimasukkan untuk memperkuatkan lagi penceritaan termasuk peranan warga Felda sebagai komuniti contoh luar bandar dan juga warga peneroka menjadi golongan berpendapatan tinggi," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment