My Add

Wednesday 17 July 2013

Dua beranak maut nahas di lebuh raya

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR

SEREMBAN, RABU, 17 Julai, 2013: Dua anak-beranak maut manakala empat lagi cedera dalam nahas di Kilometer 247.6 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mangsa, Muhammad Shafiq Mohd Yusob, 15, mati di tempat kejadian akibat cedera parah selepas kereta jenis Hyundai Atos dipandu ibunya, Widayati Abdol Aziz, 41, terbabas melanggar besi penghadang jalan.

Menurut jurucakap polis, rempuhan itu mengakibatkan kenderaan yang turut dinaiki Muhammad Shazwan Mohd. Yusob, 17, dan Mohd. Shahir Mohd. Yusob,11, itu berpusing menyebabkan Muhammad Shafiq tercampak keluar.

"Kenderaan itu melintang di kiri lebuh raya, semua penumpang yang cedera ringan dikeluarkan dengan bantuan orang awam. Mereka berdiri di lorong kecemasan sementara menunggu ambulans.

"Lima belas minit kemudian sebuah kereta Proton Persona dipandu laju cuba mengelak kereta mangsa yang melintang namun terbabas ke lorong kecemasan dan merempuh mangsa, Widayati, dan tiga inividu lain yang datang membantu,'' katanya di sini hari ini.

Jelasnya lagi, rempuhan Proton Persona itu mengakibatkan Widayati cedera parah dan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS).

Mangsa dipercayai dalam perjalan dari kampung di Melaka menuju ke rumah mereka di Klang Selangor. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment