My Add

Tuesday 16 July 2013

Dua beranak parah ditembak

 * DI RUMAH inilah Zahari dan anak lelakinya parah selepas ditembak penjenayah yang menyamun mereka di Kampar, Perak kelmarin.
KAMPAR, ISNIN, 15 Julai, 2013: Tiga penjenayah bergelar Geng Hilux bertindak kejam apabila bukan sahaja melarikan pelbagai barangan berharga malah tergamak menembak dua beranak ketika mangsa cuba mempertahankan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux milik mereka dari dilarikan suspek kelmarin.

Kejadian di Taman Sejahtera di sini pada pukul 8.30 malam itu mencederakan seorang tauke kedai runcit, Zahari Din, 51, dan anak lelakinya, Zaharith Aiman Mahami, 13, apabila satu das tembakan yang dilepaskan menembusi perut Zahari sebelum mengenai paha kanan remaja tersebut.

Bagaimanapun, dosa tak terampun yang dilakukan penjenayah kejam tersebut berbalas apabila salah seorangnya ditangkap tiga jam kemudian selepas terlibat dalam kemalangan sewaktu dihambat polis peronda yang dapat mengesan kelibatnya di Jalan Langkap-Kampar, Tapah, kira-kira 20 kilometer dari sini.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam berkata, kejadian berlaku apabila tiga penjenayah bersenjatakan parang, pistol dan memakai topeng tersebut menyerbu masuk ke dalam rumah mangsa ketika Zahari, isteri dan anaknya sedang berehat di ruang tamu.

Katanya, suspek kemudian merampas dua buah telefon bimbit, kunci Toyota Hilux, kunci rumah, kad pengenalan, buku cek dan buku akaun Tabung Haji.

“Zahari kemudian nekad mengambil sebilah parang untuk mempertahankan diri sewaktu salah seorang penjenayah cuba menghidupkan 4WD tersebut yang diletakkan di halaman rumah. - KOSMO! 

No comments:

Post a Comment