My Add

Monday 22 July 2013

Dua maut lori yang dinaiki rempuh treler rosak

Oleh ASLIZA MUSA

TAPAH, ISNIN, 22 Julai, 2013: Dua maut termasuk seorang daripadanya putus kedua-dua pergelangan kaki manakala seorang lagi parah selepas lori dinaiki mereka merempuh sebuah treler rosak yang diletakkan di bahu jalan di Kilometer 343, Lebuh Raya Utara-Selatan, arah utara di sini pagi ini.

Dalam nahas ngeri kira-kira pukul 6.15 pagi itu, kedua-dua mangsa yang merupakan rakyat Bangladesh iaitu Delohar Hossin Md. Rajumiah, 30, dan Suman Hossin Abdul Kassem, 28, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh.

Bagaimanapun setibanya di lokasi kejadian, lori dipandu S. Letchumanan, 33, hilang kawalan lalu merempuh belakang sebuah treler rosak yang diletakkan di bahu jalan terbabit.

Berikutan rempuhan itu, badan lori terbabit terputus dua mengakibatkan Delohar yang duduk di bahagian badan lori tercampak dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Suman pula tersepit di tempat duduk penumpang hadapan.

Suman yang putus kedua-dua pergelangan kakinya berjaya dikeluarkan anggota bomba selepas itu tetapi disahkan meninggal dunia di Hospital Tapah ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU). - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment