My Add

Thursday 11 July 2013

Empat termasuk wanita mengandung maut dalam nahas di Betong

BETONG, RABU, 10 Julai, 2013: Empat warga Indonesia termasuk seorang wanita mengandung maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka bertembung dengan treler di Kilometer 56, Jalan Sri Aman-Sarikei, pagi semalam.

Dalam kejadian 10.20 pagi itu, MPV Toyota Innova yang dalam perjalanan menuju ke pintu sempadan di Tebedu dikatakan gagal mengawal kenderaannya sebelum berlanggar dengan treler yang menghala ke Sarikei.

Akibat pertembungan itu, kenderaan itu terperosok di bawah treler sebelum meletup dan terbakar menyebabkan tiga penumpang yang belum dikenalpasti rentung, manakala pemandunya, Tinus Salleh, 45, maut selepas tercampak keluar dari MPV berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Mat Jusoh Mohammad, berkata kenderaan MPV berkenaan dipercayai digunakan bagi membawa pekerja warga Indonesia pulang ke Kalimantan Barat. - BH

No comments:

Post a Comment