My Add

Sunday 28 July 2013

Enam maut apabila pertengkaran bertukar tragedi

MIAMI, Amerika Syarikat (AS), SABTU, 28 Julai, 2013: Polis Florida menembak mati seorang suspek yang dipercayai membunuh enam orang dalam satu kejadian pertengkaran di sebuah pangsapuri di sini, semalam.

Akhbar Miami Herald melaporkan, kejadian itu dipercayai berpunca akibat pertelingkahan antara seorang penyewa dengan pemilik pangsapuri tentang sebuah kediaman sebelum kedengaran beberapa das tembakan.

Pihak polis yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati suspek yang bersenjatakan pistol menahan dua tebusan di sebuah daripada rumah di pangsapuri berkenaan.

Sepasukan unit khas polis kemudiannya dikerah menyerbu pangsapuri itu dan menembak mati suspek tersebut.

Siasatan polis menemukan tiga mayat wanita dan tiga mayat lelaki, termasuk sepasang suami isteri yang merupakan pemilik pangsapuri berkenaan.

Dua lagi tebusan tidak mengalami sebarang kecederaan dan motif sebenar pembunuhan masih lagi disiasat. - DPA/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment