My Add

Thursday 18 July 2013

Gadis maut digilis ketika ke tempat kerja

ALOR SETAR, KHAMIS, 18 Julai, 2013: Seorang gadis berusia 20 tahun maut selepas digilis sebuah kenderaan berhampiran lampu isyarat Sungai Mati, Langgar di sini hari ini.

Mangsa Nor Alia Nor Azizan dari Kampung Belukar, Pokok Sena maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan berkata, kejadian berlaku kira-kira 7 pagi ketika mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan dari rumahnya ke tempat kerjanya di sebuah Taska di Hospital Sultanah Bahiyah di sini.

Motosikal mangsa dipercayai merempuh bahagian belakang sebuah kereta rosak yang ditinggalkan di bahu jalan.

Mangsa terpelanting ke atas jalan sebelum sebuah kenderaan lain menggilis mangsa.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi bahagian trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di talian 04-7321222 atau balai polis berhampiran. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment